Buat Stesen Radio Online Sendiri

Saya akan kongsikan cara buat stesen radio online sendiri dan menguruskannya dengan hanya guna smartphone 100%. Untuk beri hiburan kepada ribuan rakan pendengar seluruh malaysia. Atau anda boleh juga buat untuk tujuan promosi bisnes, product, perkhidmatan dan sebagainya..

Contoh radio tersebut (klik disini)
Sangat MUDAH dan PERCUMA sahaja. Peralatan yang di perlukan hanyalah smartphone dan 2 aplikasi untuk menguruskan radio tersebut iaitu:

SILA KLIK UNTUK DOWNLOAD
1-. Listen2myradio Control Panel
2-. Broadcastmyself

LANGKAH PERTAMA
Selepas anda download aplikasi Listen2myradio control panel. Buka aplikasi tersebut. Anda boleh pilih nak daftar akaun guna email. Google+ atau guna facebook. Saya pilih daftar dengan facebook sahaja..

Setelah daftar. Anda taip lah detail berkenaan radio anda sendiri. Seperti link radio. Password. Server type pilih Shoutcast. Server location saya sarankan pilih UK.

Setelah selesai anda pergi kat stream details. Disini anda akan dapat code IP, PORT dan Broadcast password.. Dan dibawah sekali anda akan dapat radio address iaitu link untuk mendengar radio anda. Boleh di kongsikan link tersebut. Dan pastikan stream status ON. Setiap kali anda nak broadcast guna aplikasi broadcastmyself.

LANGKAH KEDUA
Buka aplikasi broadcastmyself tekan setting di atas sekali sebelah kanan (3 titik)

Tracks Folder: pilih folder yang anda simpan file MP3. untuk di mainkan di radio anda. (Pastikan file dalam format MP3 sahaja)

Output Mode: pilih shoutcast server
Output setting: Hostname anda masukan IP radio anda. (Rujuk stream detail di aplikasi listen2myradio control panel)
Seterusnya masukan PORT dan PASSWORD broadcast anda.

Ok sekarang segalanya sudah selesai. Anda sudah boleh mulakan broadcast radio anda dan mendengarkannya melalui link address radio anda tadi. Contoh link radio saya ialah http://elg4u.radiostream123.com

CARA BROADCAST
kembali ke muka depan aplikasi broadcastmyself (Sila rujuk di gambar)

Pilih dan tekan lagu untuk di mainkan di screen sebelah kanan.

Butang besar di tengah dari bawah sekali tu adalah untuk ON atau CONNECT ke server. Pastikan anda tekan butang ni dulu..

Butang seret di sebelah kiri adalah untuk mic. Anda boleh seret ke atas tiap kali anda nak bercakap. Dan seret kebawah untuk menutup..

Butang seret di sebelah kanan adalah untuk volum lagu. Seterusnya MODE untuk pilihan lagu berjalan secara auto atau rawak. Dan butang MUTE untuk matikan suara di phone anda tapi tetap berbunyi di radio anda. Butang STOP untuk hentikan lagu. Dan butang LOCK adalah untuk kunci semua butang supaya tidak bergerak di saat anda tersentuh tanpa sengaja.

Sekiranya anda tidak berjaya. Perlukan bantuan tunjuk ajar dari saya satu persatu. Anda boleh je whatsapp saya di no +6014-8318378.. Dan sekiranya anda nak buat aplikasi untuk radio anda pun boleh. Lagi memudahkan untuk orang nak dengar dengan hanya terus buka aplikasi streaming radio anda je tak perlu lagi tekan link. Boleh letak laman blog anda sekali di aplikasi tersebut sebagai contoh di gambar ini adalah aplikasi untuk radio saya. Boleh buat aplikasi macam ni dengan saya caj hanya RM20 sahaja dan free gift aplikasi broadcastmyself-Pro.


Ok itu saja perkongsian saya berkenaan buat stesen radio sendiri. Dalam artikel saya yang seterusnya akan saya kongsikan pula tentang cara bagaimana nak dapat hasil/duit dengan stesen radio anda itu. Tanpa perlu mengeluarkan modal. Hanya perlu rajin sahaja. Urus stesen radio online sendiri di rumah sambil bermain tapi bukan main-main sebab anda boleh dapat wang besar jika anda bijak menggunakannya.

Ulasan

  1. X dpt pun org lain dgr.sy da bjaya buat tp org ln x dgr apa pn

    BalasPadam
  2. Radio pn abam lie buat.. 😁😁😊

    BalasPadam
  3. Jika ada yang berminat untuk buat radio online,Youtuber atau sebagainya mncari pnyampai di kawasan selatan boleh hubungi sy. Kita buat kerjasama. Terima ksh 0172669272.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan Popular