Rahsia Iklan Mudah, Lelong dan Ebay Yang Disukai Pelanggan
1. Sekeping gambar memberi seribu makna
Ini bukan ungkapan kosong semata-mata, kerana setiap orang mahu mendapat sebanyak mungkin maklumat sebelum berbelanja. Untuk berjaya sebagai seorang penjual, anda perlu memastikan produk yang dijual dilengkapi dengan gambar yang profesional dan memberi sebanyak perincian yang mungkin. Gambar yang kurang memuaskan akan memberi kesan negatif secara langsung terhadap jualan.
2. Lakukan Kajian
Sebelum anda menjual sesuatu, lakukan kajian untuk produk yang sejenis. Amat penting bagi anda menganggar sebanyak mana permintaan produk yang akan dijual. Kadar permintaan yang tinggi, sudah semestinya menunjukkan terdapat potensi yang baik untuk jualan anda..
3. Komunikasi yang Baik
Sebahagian besar pembeli adalah pembeli baru. Dekati mereka kerana ini akan menjadikan mereka lebih selesa. Ketika mereka melakukan pembelian, ucapkan terima kasih. Setelah anda mengirim barang, maklumkan kepada mereka dan berikan anggaran masa bila barang tersebut akan sampai ke tangan pembeli. Apabila pembeli membuat aduan, kendalikan dengan baik dan berikan jawapan yang membuatkan mereka merasa dihargai. Komunikasi sangat penting untuk memastikan keberkekalan akaun perniagaan anda.
4. Pastikan anda mengirim barang dengan segera
Tiada sesiapa yang mahu menunggu barang mereka terlalu lama setelah membayar. Lebih-lebih lagi jika mereka tidak mengenali anda. Perasaan curiga akan berubah menjadi marah apabila terlalu lama menunggu tanpa kepastian. Sebaliknya perasaan curiga akan berubah menjadi perasaan berterima kasih jika barang diterima dalam masa yang singkat. Pengiriman yang memakan masa lebih dari 1 bulan tidak boleh dimaafkan. Carilah cara untuk mengirim barang dengan lebih pantas.
5. Berikan perhatian terhadap TITLE dan DESCRIPTION
Dua komponen ini akan masuk dalam enjin carian, tidak kiralah enjin carian Mudah, Lelong dan Ebay, mahu pun yang lain seperti Google, Yahoo, Bing dan sebagainya. Penulisan enjin carian yang baik akan menarik traffic yang lebih besar. Penjualan yang berjaya, sebahagiannya disebabkan oleh traffic.
6. Tumpukan dalam mendapat maklum balas positif
Ini sangat penting terutamanya bagi seller baru. Maklum balas positif dan kesaksian (testimoni) sangat penting kerana dengan adanya maklum balas positif yang konsisten, calon pembeli akan cenderung memilih anda, malah mungkin sanggup membayar anda lebih tinggi berbanding seller lain yang menjual produk yang sama.
7. Bertindak seperti seorang usahawan (businessman), bukan seperti pencari untung semata-mata
Berikan perkhidmatan yang baik, dan binalah reputasi anda. Berniaga di Mudah.my, Lelong.com.my dan Ebay sama seperti berniaga di tempat lain. Semuanya bergantung kepada kepuasan pelanggan. Elakkan dari membuat keputusan berdasarkan “janji boleh jual” kerana ini tidak akan menjamin bahawa perniagaan anda akan tahan lama.
Ulasan
Catat Ulasan